Polis Terengganu sedang menyiasat tindakan sekumpulan lelaki sebuah parti politik yang berarak membawa replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu atau Himpit.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata hasil siasatan yang dijalankan mendapati perarakan itu berlaku pada 17 Februari lalu, di kawasan resort di daerah Setiu.